
Tanggal 29 Apr 2025

Jam: 20:05:19

Total pengunjung: 435
Kisah Malaikat Harut Dan Marut

(gambar ini hanya ilustrasi saja)
Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di
alam langit. Para malaikat berkumpul,
mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi – al Baqarah: 30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman: “sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui (al Baqarah:30)
Allah telah mengajarkan Adam nama nama
benda seluruhnya, menempatkan Adam di
dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya
sehinggalah Adam mengingkari perintah
Allah dengan memakan buah dari pohon
khuldi dan akhirnya Adam di keluarkan dari
syurga dan di campak ke dunia.
Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku
pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil.
Selepas itu zuriat anak Adam terus
berkembang dan bertambah ramai di dunia.
Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa
keturunan Adam. Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah
Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu
mereka menyembah berhala tersebut.
Begitulah berlalu kehidupan manusia yang
penuh kelalaian, penuh kemaksiatan,
mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia
diselubungi kezaliman.
Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga
buku catitan mereka menjadi gelap hitam
gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah
keadaan khalifah Allah di bumi? kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah
sedangkan mereka mengingkari-Nya?
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat
“jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua
seperti manusia nescaya kamu juga akan
melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci
Engkau kami sekali kali tidak akan
mengingkari Kamu.
Maka Allah berfirman lagi; Pilihlah dua
malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut
kerana mereka berdua adalah yang paling
terbaik beribadat kepada Allah dari
kalangan malaikat. Firman Allah “Dan apa
yang diturunkan kepada dua malaikat di
negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq.
Babylon ketika penuh dengan kemewahan,
keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita
wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata
tempat, alunan muzik dapat didengari dari
semua kedai dan kelab dan perkara keji dan
jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia
berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh
bogel. Ada sebahagian mencuri barang
barang orang, kerana mereka lalai dan leka
melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan
didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia
dan mencampak mereka berdua di Babil.
Harut dan Marut berada di Bandar Babil,
mereka berdua sentiasa memelihara
kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa
saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil
mereka berdua merasa letih. Harut pun
berkata; aku terasa sesuatu di dalam
dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku
tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku
berasa seperti yang kamu rasa tetapi
perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah
jadi seperti manusia, ketika kita malaikat
tidak pernah merasa lapar dan dahaga
bahkan kita sentiasa bertasbih dan
menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke
langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan.
Tiba tiba mereka tercium aroma daging
bakar yang memenuhi rongga hidung mereka
berdua.Mereka berdua segera pergi mencari
ke arah aroma daging bakar, akhirnya
mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera
dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu,
tetapi rasa mulia yang ada dalam diri
mereka berdua menjadi penghalang dari
mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut
yang lapar dari terus berbunyi?
Lalu mereka berdua pergi duduk dekat
dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang
ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga
memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka
makan. Mereka makan bersama orang ramai
sehingga kenyang dan perut mereka tidak
lagi berbunyi.
Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka
memerhati seluruh tempat di dalam majlis
itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku
melihat kecantikan dan kejelitaan seorang
wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama.
Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa
bersalah kerana telah melakukan dosa.
Harut dan Marut pun segera beristighfar
dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa
terlalu malu atas dosa tersebut hampir
hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka
mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu,
syahawat datang kembali sekali lagi mereka
memandang Zahrah dengan asyik sekali,
sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan
bujukan syaitan.
Suara iman mengatasi syahawat mereka
segera beristighfar kepada Allah SWT.
Mereka memikirkan bagaimana hendak
mengatasi masalah itu? Akhirnya mereka dapat jalan
penyelesaian.Hanya itu saja jalan
penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera
meninggalkan majlis . Harut dan Marut
sepakat, mereka mestilah segera meninggal
majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari
majlis, setelah agak jauh meninggal majlis
tersebut, perasaan syahawat mereka
meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka
serentak berpaling untuk kembali kepada
Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka
meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal
majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak
bercakap terus membisu, sambil itu kedua
dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari
perintah Allah dengan melihat kepada
perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu
manusia buruk dan keji mendorang kita
melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau
sama seperti apa yang aku rasai sekarang!
Ya aku takut tempat kembali kita adalah
neraka, yang menjadi tempat balasan orang
orang durhaka kepada Allah Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut
kita mesti berusaha mengalah syahawat dan
memaksa nafsu agar mengikut bisikan
iman.Kita mesti terus beristighfar dan
bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal
terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun terbenam mereka
masih meneruskan dan berhenti dengan kaki
bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di
kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi
gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk
menunaikan solat dan bertasbih kepada
Allah sambil memohon taubat ke atas dosa
yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua
makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus
bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan
angin yang mendayu dayu lalu terbit suara
yang kuat, seolah olah suara perempuan
meraung kehilangan anaknya dan timbul
perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan
malam yang menggigilkan tubuh badan
mereka.
Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu
mengambil keputusan untuk kembali ke
bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut berkata:
dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang
kembali balik?
Harut menjawab; rasa kelaparan yang
menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada
perut, celakalah perut ini yang tidak pernah
kenyang!
Harut; kita perlu mencari makanan.
Marut; jika kita dapat makanan dan
kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja
apa yang kita boleh buat? Serah urusan
kepada Allah, kita akan dapat kerja dan
Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup
kepada kita
Keadaan sianghari Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan.
Wanita wanita cantik dan jelita berada di
mana mana saja, di malam pula pesta minum
arak juga terdapat di merata tempat,
alunan muzik dapat didengari dari semua
kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Mereka terus berjalan di kota Babil untuk
mencari kerja, dan terpandang orang ramai
berpusu pusu pergi ke istana yang besar
dan mewah, Harut dan Marut mengikut orang
ramai pergi ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam istana dan sampai ke dewan yang
penuh berbagai makanan dan buah buahan
yang lazat.
Di hujung meja hidangan duduk seorang
lelaki dengan pakaian yang mewah dan
cantik, tetapi itu tidak mempesonakan Harut dan Marut, mereka lebih tertarik kepada
hidangan makanan dan buah buahan yang
lazat dan enak kerana itu saja dapat
menghilangkan kelaparan.
Lalu tuan istana menyuruh mereka duduk
dan makan, ketika mereka berdua sedang asyik makan dengan penuh nikmat, tuan
istana memerhati mereka berdua dan ia
meminta khadamnya supaya menuang arak
dan persilakan mereka minum arak lalu
Harut dan Marut menolaknya dengan baik.
Tuan Istana amat terkejut kerana masih terdapat dikalangan penduduk Babylon yang
tidak minum arak.Setelah itu barulah Harut
dan Marut tahu bahawa lelaki itu adalah
seorang raja yang sedang dikelilingi oleh
menteri menteri dan pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan pembesar diam dan mendengar titah raja
tersebut. Titah raja berkisar tentang
pertikaian tanah antaranya dengan salah
seorang pembesarnya. Raja mahukan tanah
tersebut dengan cara yang salah. Tidak
seorang pun daripada hadirin yang berani menjatuhkan hukuman.
Raja tidak peduli kepada menteri menterinya,
lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut
dan bertitah; Aku nak dengar dua orang
tetamu ini yang menyelesaikan isu ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar raja tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka
semua menjangka bahawa Harut dan Marut
menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas
pada pemikiran hadirin bahawa kedua dua
tetamu adalah dari malaikat, malaikat
hanya mengetahui keadilan.
Harut dan Marut telah memutuskan hukuman
berdasarkan keadilan dan mengembali hak
kepada empunya. Mereka bukan sekadar
menjatuhkan hukuman, bahkan mereka
mengatakan raja yang bersalah dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan
menanti keputusan raja; raja pun bertitah
dengan suara yang lantang; beta melantik
kamu berdua menjadi hakim di negeri
Babylon. Para menteri dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka
dan menjatuhkan hukuman mati sebaliknya
melantik mereka menjadi hakim.
Begitulah akhirnya Harut dan Marut
mendapat kerja di Babylon setelah mereka
menyerah urusan kerja kepada Allah.
Harut dan Marut di beri rumah yang
berdekatan dengan istana raja. Tidak ada
lagi ketakutan, kesejukan, kelaparan,
dahaga, dan tidak perlu meminta minta
makanan dari orang lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT
yang memberi kerja dan rezeki dengan
menunaikan solat, bertabih memuji
kebesaran Allah dan menyucikan. Tetapi ada
sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati
mereka tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia yang lemah, yang
mereka hina ketika berada di alam malaikat.
Kemudian datang tamu baru dalam
kehidupan mereka, yang tidak pernah
dirasai sebelum. Rasa letih, mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka.
Harut segera membuka matanya dan
berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan
matiii!
Marut menyahut;Kenapa wahai sahabatku?
Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa amat
berat hingga tak mampu bukaa!
Marut menjawab; aku pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita!
Kata Harut lagi; aku rasa kita tak mati lagi, tetapi benda lain..?
mereka menguap aaah! Aaah! Aaah! Dan
bercakap dengan suara terputus putus dan
akhirnya langsung tidak dengar lagi suara.
Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut
dan Marut dengan nyenyak buat pertama
kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut terjaga dari tidur,
matahari sudah terbit dan angin pagi
bertiup sepoi sepoi bahasa bermulalah hari
baru, dan itulah sinaran cahaya matahari
pagi yang pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa
seolah-olah baru diciptakan.
Dengan kesegaran itu Harut dan Marut
dapat memulakan kerja sejak awal pagi.
Orang ramai mula datang berjumpa Harut
dan Marut, dan meminta penyelesaian kes
kes dan pertikaian yang berlaku diantara
mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan pertikaian dengan
adil dan saksama.
Orang pun puas hati dengan pengadilan
Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali
dan semakin mendapat tempat dan akhirnya
mereka menjadi hakim yang terkenal dan dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka selesai urusan dengan
orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa
menunaikan solat, memuji kebesaran Allah
dan menyucikan sentiasa bersyukur
kepadaNya.Tidak menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput
mereka makan bersama tetapi dengan
syarat tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut
dan Marut terus menyelesaikan segala
permasalahan orang ramai dengan adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun
sekali melanggar perintah Allah dalam
menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam kesibukan mereka
menyelesaikan kes orang ramai, tanpa
diduga mereka didatang dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila
wanita duduk di depan Harut dan Marut,
mata mereka berdua terpegun wajahnya
cantik, jelita dan senyum ceria… Lalu
mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah.
Jantung mereka berdegup degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka
berdua berasa hairan apa yang berlaku
dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta!
rasa benci ! berangan angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah! Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala Zahrah sedang menceritakan kes
berlaku ke atasnya…Harut dan Marut
sedang berada di awan awangan… berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang mereka dari asyik memerhati
Zahrah, mereka cuba memaling pandangan
ke arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada
tolakan syahawat yang lebih kuat untuk
melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah
bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah cerita kes saya
dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan dengan seadilnya.
Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut segera menjawab;
wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu datanglah besok.
Marut mencelah; ya saudariku! Benar seperti
yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu
datang. Zahrah memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada
Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang
dari pandangan, Harut dan Marut menyesal
dengan tindakan mereka.
Dengan penuh kesal Harut berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga
esok hari ! kenapa aku jadi begini! Wahai
sahabatku! Aku takut..masuk neraka
disebabkan oleh wanita ini!Cepat kita segera
bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa
dengan Hakim. Pada malam itu Harut dan
Marut tidak dapat kerehatan yang cukup,
tidur mereka berdua terganggu dengan kes
Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah
datang, mereka tidak akan memandang wajahnya.
Tiba giliran Zahrah, dengan senyuman yang
manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan
Marut. Senyuman manis membuatkan Harut
terlupa azamnya untuk tidak memandang
wajah Zahrah. Begitu juga Marut terlupa taubat untuk
mengulangi dosa yang sama,bila Zahrah
masuk untuk mendapatkan keputusan
kesnya. Setelah lama berbual dengan
Zahrah, tanpa disedari mereka pun
menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke atasnya
diputuskan , dia pun bangun dan bergegas
keluar, mereka berdua serentak bertanya;
saudari hendak ke mana?
Zahrah menyahut ; saya nak pergi sembah
matahari dekat berhala, marilah ikut saya. Harut dan Marut menjawab bersama; apa
kami nak buat?
Jawab Zahrah; kamu berdua bersembahyang
dengan saya.
Mereka jawab; kami sekali kali tidak sembah
selain dari Allah. Tetapi Zahrah tak peduli dan terus pergi.
Bila Zahrah dah hilang dari pandangan
mereka, masing masing menyalah diri sendiri
kenapalah mereka bersikap demikian dan
teringat janji dan azam yang mereka untuk
tidak mengulangi dosa yang sama bila berjumpa dengan Zahrah.
Lalu Harut berkata; Wahai sahabatku!
sesungguhnya rahmat Allah amat luas,
segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut
tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Bila
Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah
Zahrah dan tidak pergi ke majlis Hakim.
Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka
terus mengetuk pintu dengan senyuman
manis dia membuka pintu dan mempelawa mereka masuk, dan dipelawa duduk di ruang
tamu.
Zahrah terus ke dapur mengambil minuman
untuk kedua dua tamunya. Zahrah
menyediakan minuman arak dan menjemput
Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang dihidang Zahrah.
Zahrah merajuk dan marah , bila melihat
mereka tidak minum hidangannya.
Harut dan Marut memujuk : Janganlah
marah! Marilah kita berdamai.
“Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat kamu berdua minum hidangan
saya,” jawab Zahrah.
Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati
Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba tba ada seorang
tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam rumah Zahrah,
Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas
dalam benak mereka berdua; Habis! Habis!
Habislah! Kami jika tamu ini mendedah
rahsia kami.
Tanpa disedari dan pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik tamu sehingga mati,
kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan
dia nampak mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan pengaruh arak, mereka
pun sedar apa yang telah mereka lakukan
dan rasa amat menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk
terbang ke langit tetapi tidak mampu kerana
dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan
berat.
Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan
dari langit; kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat?! Harut dan Marut memilih azab di dunia, lalu
mereka berdua terus diazab sehingga Hari
Kiamat.
Sumber : http://islamdongeng.blogspot.com
Di tulis oleh : Wahyu Mysterio